OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

PASTI menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal:

1. Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2. Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
3. Melatih anak-anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.

PIAGAM PELANGGAN PASTI

1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
3. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
4. Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.