.jpg)
Pasti Al-Quds terima pendaftaran luar jangkaan
Shah Alam – Pembukaan sebuah lagi Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) iaitu Pasti Al-Quds di seksyen 19, Shah Alam telah menarik minat ibubapa untuk menghantar anak mereka berusia antara 4 hingga 6 tahun ke pusat asuhan berkenaan.
Pengurus pasti berkenaan, Uzaimi Musa berkata, pihaknya tidak menyangka pendaftaran pada Isnin lalu amat menggalakkan apabila 55 kanak-kanak lelaki dan perempuan menjadi murid di pusat itu walaupun ia baru dibuka.

Shah Alam: Bersempena dengan Shah Alam Pre-School Fair 2009 @ SAPreS ‘09, PASTI Kawasan Shah Alam telah membuka satu gerai/booth bagi mewakili PASTI Malaysia untuk memperkenalkan jenama PASTI kepada masyarakat.
Karnival tersebut diadakan pada 04 – 06/12/2009 (Jumaat-Ahad) bertempat di SACC Mall (West Walkway) Shah Alam, 10.00 pagi – 10.00 malam.
Pelbagai acara dan aktiviti telah disediakan untuk murid-murid PASTI dan tadika-tadika yang lain, antaranya demonstrasi pengenalan tadika masing-masing, pertandingan membaca Bahasa Malaysia dan Inggeris, pertandingan mewarna dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput hadir ke karnival ini dan mendapatkan sebarang maklumat berkenaan tadika terutama pusat asuhan tunas Islam @ PASTI.
SETELAH 20 tahun PASTI bertapak di bumi Sandakan, Tahun 2009 merupakan tahun yang gemilang bagi PASTI Zon Sandakan. Ulang tahun ke 20 PASTI Zon Sandakan disambut dengan pertambahan empat buah PASTI baru.
Pertambahan ini merupakan pertambahan yang paling banyak semenjak PASTI mula beroperasi di Sandakan pada tahun 1989.
PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi PASTI tapak pemula beroperasi di Bangunan Cosy, Jalan Chi Hwa, Batu 1 1/2, Sandakan. Sepuluh tahun kemudian, iaitu 1999 berdirinya PASTI Umar Al-Khatab di Taman Indah Jaya.
PASTI Sandakan terus berkembang pada tahun 2000, 2002, 2003 dan 2005. Pada tahun 2008, dua buah PASTI mula beroperasi dan tahun 2009 empat buah PASTI tumbuh. Empat buah PASTI tersebut ialah PASTI Zaid Bin Harithah di Kg Lupak Meluas, Batu Sapi, PASTI Bilal Bin Rabah di Karamunting, PASTI Abdul Rahman bin Auf di Taman Kenari dan PASTI Darul Hikmah di Kg Sentosa Jaya, Kinabatangan.
Read More »
Recent Comments